Sunday, January 19, 2014

Hati

Wahai hati,
Perasaan ini Kau yang terbitkan, dan ia boleh kembali kepada Mu jua. 
Sesungguhnya, ini dugaan yang harus ku tempuh. 
Aku cuma mampu berdoa, Ya Allah.
Tiada apa yang boleh ku lakukan untuk berpegang dengan ketentuanMu, untuk mendapat keredhaanMu. 
Wahai hati, 
Bersabarlah. 


Monday, January 6, 2014

Kisah hari ini 🍂

Aku cuba dan terus mencuba. Aku bukan boleh baca apa yang terbuku dalam hati manusia. Aku sayang, sebab tuh aku cuba. Ingat, keikhlasan hati lahir bila kau akan lakukan apa saja untuk melihat kebahagiaan orang lain. Aku malas nak layan benda remeh temeh, tapi jangan sampai menduga kesabaran aku. Aku sayangkan kau secara sederhana, sbb aku tak mampu terseksa lagi kelak. Hanya satu aku mohon, jangan duga aku lagi. Aku sendiri tak taw sampai bila aku boleh bertahan. Tapi aku berjanji pada diri, aku tidak akan berputus asa. Jika kau mahu kita kekal selamanya, berubah lah. Ubahlah cara kau berfikir, ubahlah cara kau berkomunikasi, ubahlah cara kau bertukar angin secara tiba-tiba. Ye, cukup terang perkataanku. Aku manusia biasa, yang juga mempunyai kelemahan. Bukan niat utk tidak menghargai apa yang kau telah lakukan, cuma aku perlukan sedikit keyakinan dalam hubungan kita. 

Allah ada dengan kita, dia tahu yang terbaik untuk kita. Allah turunkan kau untuk aku mungkin supaya aku dapat merubah kau menjadi lebih baik atau, merubah aku ke jalan Allah. ❤️


Sunday, January 5, 2014

Goodbye 2013, Hello 2014


Moga perjalanan hidup kita masih panjang. Tidak perlu untuk membuang masa dengan berkhayal pada benda yang belum pasti. Melangkah ke tahun 2014 cukup bagiku untuk membuka buku baru. Ya, setiap tahun perkataan yang sama. "Buka buku baru", kerana aku memang sentiasa berubah dari setiap tahun ke tahun. Insha Allah, moga perubahan itu diredhai dan diberkati olehNya. 

Mari aku rumuskan apa yang berlaku pada tahun 2013.

Awal tahun 2013

Aku masih ingat bagaimana rasa gementara dalam masa yang sama teruja untuk berpindah ke Teluk intan. Aku sekeluarga menyambut tahun baru di Pangkor. Pertengahan bulan januari, aku mula menetap di Teluk Intan. Masih segar diingatan, aku sekeluarga mengangkat barang dari kereta masuk ke dalam bilik. Masih ku ingat, saat aku menunggu Jasmin (housemate) sampai di rumah sewa. Saat aku tiba di Hospital Teluk intan, perasaan teruja semakin menyelubungi. Terdetik di hati, "Ya Allah, inilah tempat aku selama 4 bulan". 
Masa begitu pantas, tapi didalam kepantasan masa aku masih dibelenggu oleh perasaan sendiri. Ketika itu, hampir 3 ke 4 bulan aku masih belum move on dengan benn. Biar aku cerita segalanya disini, biar pembaca tahu apa yg terbuku. Sampailah tiba suatu masa, aku mendapat tahu dia sudah berpunya. Hampir setiap malamku, tangisan yang mendodoikan disetiap lenaku. Hampir setiap perjalananku, dari KL ke Teluk intan airmata membasahi pipiku. Aku kuat di mata manusia, tetapi aku lemah bila sendiri. Sehingga seorang doktor menasihati aku, "Bazilah remember this, jangan sayang pada orang yang sudah berpunya. Jangan bazirkan masa yang ada, teruskan hidup dan pandang ke depan. There have so much wonderful things ahead". Dari saat itu, aku kuat dan semakin kuat melepaskan benn yang pernah hadir selama 5 tahun. 

Disaat-saat akhir Allah memperkenalkan aku dengan seorang lelaki. Lelaki ini yang sudah bekerjaya, aku terpegun dengan kebijaksanaannya. Lulusan ijazah pertanian di Perth. Cara dia berfikir tentang masa depan, membuatkan aku terpaut padanya. Dua minggu akhir aku mengenali dan mendalami tentang dirinya, hinggalah disaat aku habis praktikal di teluk intan. Hampir sebulan perkenalan, dia berjumpa mama dan abah untuk menyatakan hasrat hati. Alhamdulillah, abah dan mama juga terpaut dengan cara dan tingkah lakunya. Beberapa minggu kemudian, ibu bapanya datang untuk membincangkan tentang hal pertunangan. Ya, jelas sekali keluarganya mahu mempercepatkan majlis. Bagiku ketika itu, mungkin jodohku sudah sampai. Awal dari yang aku jangkakan sebelum ini. Setibanya awal ramadhan, perjalanan kami mula merangkak. Aku yang berfikiran positif, dia penat berpuasa tambahan pula bekerja di kawasan ladang. Sehinggalah tiba suatu saat yang aku tidak terjangka, dia menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan hubungan ini. Airmata yang tidak tertahan membuatkan aku hilang arah. Oh ya, aku yang sudah bekerja dua minggu di company BP healthcare. Berkat dorongan keluarga dan sahabat andai, membuatkan aku bersedih cuma seketika. Raya yang pilu ditambah pula pabila aku dapati dia sudah mencari pengganti. Begitu pantas ya? Ternyata, kau bukan untukku. Aku yang pernah move on, tidak sukar untuk kali kedua. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kekuataan yang tiada bandingan. 

Sepanjang perjalanan bujangku, tipu lah jika aku tidak cuba untuk menerima sesiapa. Ya, aku cuba tetapi gagal. Tidak tahu mana silapnya, mungkin Allah kata belum tiba masanya. 

Bulan december 2013 
Aku meletakkan jawatan diatas sebab-sebab tertentu. Abah yang sudah plan untuk ke Krabi, Thailand membuatkan harijadi ku tahun ini amat bermakna. 5th december, aku terjaga dari tidur pukul 9 pagi. Macam biasalah, first thing yang kita cari adalah handphone. Ya, aku masih ingat bagaimana terkejutnya apabila aku menerima sms dari muhammad fareez. Ahha, ayet lah orangnya. Sudah lama kami tidak berhubung. Dari saat itu hinggalah ke hari ini, kami masih berhubung. Dia hadir tepat pada masanya. Kami berdua lebih berhati-hati. Aku redha dengan hubungan ini. Alu berserah sepenuhnya pada Allah, tetapi aku tetap berusaha untuk jadi yang terbaik dari masa ke semasa. Jika dia jodohku, aku mohon Kau tetapkan hati kami. 

Ya Allah, aku sudah menempuhi pelbagai dugaan dan ujian mu. Kekuatan yang aku dapat anugerah terbaik darimu. Aku tidak akan berputus asa keranaMu ya Allah. Aku serahkan jiwa dan ragaku kepadaMu. 

Muhammad fareez,
Jika kau calon suami yang terbaik buat diriku, aku terima dengan hati yang terbuka. Sama-samalah kita berdoa yang terbaik dalam hubungan ini. 
Jika sebaliknya, anggaplah kita masih belum menjumpai jodoh yang ditetapkan. 
❤️❤️❤️

Semoga 2014 menjadi tahun bermakna dalam hidupku. Insha Allah, amin. 😘

Sunday, September 22, 2013

I miss you so much

22 september 2013

Tarikh yang akan aku sentiasa ingati. 
Ya Allah, kuatkan hatiku, imanku, seluruh tubuh badanku. 
Sesungguhnya, aku amat merindui nenekku yang tercinta. 
Aku amat merindui gelak tawanya, cerita-ceritanya, dan segala-gala tentang dirinya.
Jagalah dia, wahai Ya Allah. 
Pemergiannya sungguh terasa buat diriku, keluarga dan rakan taulan. 
Saat terakhir kali, aku memeluknya.
Saat terakhir kali, dia menyambut aku di muka pintu. 
Saat terakhir kali, aku memandang muka nya.
Tidak menyangka begitu pantas Dia memanggilnya. 
Nenek, andai along tahu, along pasti mahu memeluk nenek puas-puas.
Nenek, andai along tahu, along pasti ingin berada disisi nenek selalu.
Nenek, andai along tahu, along pasti ingin mencium nenek banyak-banyak.
Nenek, andai along tahu, along pasti bawa nenek berjalan-jalan dengan kereta baru.
Andai along tahu, along pasti ingin mengucapkan yang along sayang nenek selama-lamanya.

Nenek, semoga nenek tenang disana.
Insha Allah, nanti along menyusul. 
Nanti kita diketemukan diatas sana. 

Salam sayang buat nenek tercinta, Milah binti jantan khas dari cucu keduamu. 


Tuesday, September 17, 2013

Rutin harianku

Currently, aku tengah tunggu doktor. Dalam keadaan macam ni pon boleh terkenang-kenang. Haish. 
Bosan dan sunyi agaknya. Yelah, aku nak bercakap dengan sapa pulak, takde pulak patient lain. 
Nevermind, aku tetap kuat lagi gagah perkasa. 
Klinik yang aku tengah duduk melepak ni, nama dia Crown Clinic. 
Nama kemainnnn, perempuan kah doktor nya? 
Gara-gara mengidam nak jadi princess kah, letak nama crown nih. Hiks.
Biasa lah, bila kerja sales begini memang kena sabar. Sabar menunggu, sabar dengan karenah doktor, sabar dengan semua benda. 
Baru boleh berjaya dengan cemerlang. 
Ramai yang suka dengan kerjaya aku sekarang, sebab boleh jalan sana sini. Actually, aku pun suka jalan sana sini, lagi-lagi ada BF baru menemai melalui segala liku-liku perjalanan. Ewah! 
Tapi tuh laa, part yang tak best sebab kita ada sales target. 
Boss gua tengah tunggu time nak attact gua je tuh. 
Tapi takpe, aku coba dan terus mencoba.
Aih, doktor nih lamo nauu. Dengan patient ke dengan apa tuh. 


Nih laa company tercinta. Merah menyala macam darah segar bugar. 
Okay, aku akan terus menaip ketika kebosanan. 

Kebosanan yang tegar,
B

Monday, September 16, 2013

Cliche

Dulu ye seronok bila orang tanya bila nak kahwin. Sekarang sakit je rasa. Bukan marah, bukan tak suka, tapi sedih sebab tragis sangat kisah cinta aku. 
Takpe, redha. Hadapi semua dengan senyuman. 
Allah dah plan 'baekkk punyee', kita terima jelah k. 
Kalau ada jodoh tak kemana, mana taw depan mata je jodoh aku sebenarnya. 
Siapa siapa?
Itu yang kita tak taw, kalau taw senang lahhh, tak payah sakit-sakit macam ni dokk? 

Okay, nak pi kedai sat. Teman si gendut beli barang.
Xoxo,
B

Friday, June 21, 2013

Alhamdulillah ❤

Salam readers.

For the time being, i need to do a lot of things.
Reports, standard of procedures and case study.
Preparation for muet.
Whyyy all these thing should done in one month?
Dear july, i'll try hard to success.
Alhamdulillah, i just get offer from BP Healthcare company few days ago. I'll start on 8th july.
Hope i can do well in this company.
BP lab such a big company, have many francais around Malaysia.
The most important is, one of the branch is located at Teluk Intan.
Woot woot! :D

Its getting late now, i need to take a nap. Tomorrow i might have a long journey.
From kajang to KL then continue to Jengka. On that day, abah decided to going back to KL.
Phewww!
Wasalam.
:)