Aku cuba dan terus mencuba. Aku bukan boleh baca apa yang terbuku dalam hati manusia. Aku sayang, sebab tuh aku cuba. Ingat, keikhlasan hati lahir bila kau akan lakukan apa saja untuk melihat kebahagiaan orang lain. Aku malas nak layan benda remeh temeh, tapi jangan sampai menduga kesabaran aku. Aku sayangkan kau secara sederhana, sbb aku tak mampu terseksa lagi kelak. Hanya satu aku mohon, jangan duga aku lagi. Aku sendiri tak taw sampai bila aku boleh bertahan. Tapi aku berjanji pada diri, aku tidak akan berputus asa. Jika kau mahu kita kekal selamanya, berubah lah. Ubahlah cara kau berfikir, ubahlah cara kau berkomunikasi, ubahlah cara kau bertukar angin secara tiba-tiba. Ye, cukup terang perkataanku. Aku manusia biasa, yang juga mempunyai kelemahan. Bukan niat utk tidak menghargai apa yang kau telah lakukan, cuma aku perlukan sedikit keyakinan dalam hubungan kita.
Allah ada dengan kita, dia tahu yang terbaik untuk kita. Allah turunkan kau untuk aku mungkin supaya aku dapat merubah kau menjadi lebih baik atau, merubah aku ke jalan Allah. ❤️
No comments:
Post a Comment