Sunday, March 9, 2014

MH370

Bangun dari tidur aku terbaca post dari nazir di instagram.
Kehilangan pesawat malaysia airlines pukul 720 pagi.

08 March 2014
Kisah bermula, pesawat tersebut berlepas dari KLIA pukul 1240 AM, seharusnya tiba pukul di Beijing pukul 630 AM waktu Malaysia. 

Pihak MAS mengesahkan kehilangan pesawat pada pukul 720 AM apabila pesawat tersebut hilang dari radar di perairan laut China-Selatan. Ini membimbangkan apabila 2 orang penumpang tersebut menggunakan passport palsu. Didapati passport itu juga dicuri dari orang Australia 2 tahun yg lalu, dan orang Italy baru-baru ini. Kedua-duanya didapati kehilangan passport d Thailand. 

Persoalannya, 
1) Adakah mereka dalang untuk semua ini? Siapa mereka sebenarnya? 

2) Bagaimana boleh hilang dalam radar begitu sahaja? Jika kapal tersebut terhempas, dimana signal emergency dari pilot? Dimana serpihan kapal tersebut? Jika ianya meletup secara tiba-tiba mungkin pihak amerika syarikat, pentagon sudah dapat mengesan tanda-tanda letupan tersebut. 

Pelbagai isu yang boleh dikaitkan.
Pihak vietnam baru dapat mengesan tumpahan minyak di perairan tersebut, cuma sekarang masih dalam sisatan sama ada minyak itu sama dengan minyak kapal terbang MH370.

Spekulasi tentang kapal terbang ini mungkin berpatah balik, masih dalam siasatan. Jika betul, ianya berpatah balik dimana ianya mendarat? Masih banyak tanda tanya disitu.

Aku bukan reporter untuk menulis semua spekulasi ini. Tapi ini sahaja pendapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. 

Marilah kta sama-sama mendoakan pesawat MH370 selamat kembali ke tanah air. 
Cerita ini perlu ada jawapan disetiap persoalan. 
Walau apa pun, kun faya kun.
Jika itu yang Allah mahu, itu juga yang akan terjadi.
Setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali padaNya jua. 

No comments:

Post a Comment