Moga perjalanan hidup kita masih panjang. Tidak perlu untuk membuang masa dengan berkhayal pada benda yang belum pasti. Melangkah ke tahun 2014 cukup bagiku untuk membuka buku baru. Ya, setiap tahun perkataan yang sama. "Buka buku baru", kerana aku memang sentiasa berubah dari setiap tahun ke tahun. Insha Allah, moga perubahan itu diredhai dan diberkati olehNya.
Mari aku rumuskan apa yang berlaku pada tahun 2013.
Awal tahun 2013
Aku masih ingat bagaimana rasa gementara dalam masa yang sama teruja untuk berpindah ke Teluk intan. Aku sekeluarga menyambut tahun baru di Pangkor. Pertengahan bulan januari, aku mula menetap di Teluk Intan. Masih segar diingatan, aku sekeluarga mengangkat barang dari kereta masuk ke dalam bilik. Masih ku ingat, saat aku menunggu Jasmin (housemate) sampai di rumah sewa. Saat aku tiba di Hospital Teluk intan, perasaan teruja semakin menyelubungi. Terdetik di hati, "Ya Allah, inilah tempat aku selama 4 bulan".
Masa begitu pantas, tapi didalam kepantasan masa aku masih dibelenggu oleh perasaan sendiri. Ketika itu, hampir 3 ke 4 bulan aku masih belum move on dengan benn. Biar aku cerita segalanya disini, biar pembaca tahu apa yg terbuku. Sampailah tiba suatu masa, aku mendapat tahu dia sudah berpunya. Hampir setiap malamku, tangisan yang mendodoikan disetiap lenaku. Hampir setiap perjalananku, dari KL ke Teluk intan airmata membasahi pipiku. Aku kuat di mata manusia, tetapi aku lemah bila sendiri. Sehingga seorang doktor menasihati aku, "Bazilah remember this, jangan sayang pada orang yang sudah berpunya. Jangan bazirkan masa yang ada, teruskan hidup dan pandang ke depan. There have so much wonderful things ahead". Dari saat itu, aku kuat dan semakin kuat melepaskan benn yang pernah hadir selama 5 tahun.
Disaat-saat akhir Allah memperkenalkan aku dengan seorang lelaki. Lelaki ini yang sudah bekerjaya, aku terpegun dengan kebijaksanaannya. Lulusan ijazah pertanian di Perth. Cara dia berfikir tentang masa depan, membuatkan aku terpaut padanya. Dua minggu akhir aku mengenali dan mendalami tentang dirinya, hinggalah disaat aku habis praktikal di teluk intan. Hampir sebulan perkenalan, dia berjumpa mama dan abah untuk menyatakan hasrat hati. Alhamdulillah, abah dan mama juga terpaut dengan cara dan tingkah lakunya. Beberapa minggu kemudian, ibu bapanya datang untuk membincangkan tentang hal pertunangan. Ya, jelas sekali keluarganya mahu mempercepatkan majlis. Bagiku ketika itu, mungkin jodohku sudah sampai. Awal dari yang aku jangkakan sebelum ini. Setibanya awal ramadhan, perjalanan kami mula merangkak. Aku yang berfikiran positif, dia penat berpuasa tambahan pula bekerja di kawasan ladang. Sehinggalah tiba suatu saat yang aku tidak terjangka, dia menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan hubungan ini. Airmata yang tidak tertahan membuatkan aku hilang arah. Oh ya, aku yang sudah bekerja dua minggu di company BP healthcare. Berkat dorongan keluarga dan sahabat andai, membuatkan aku bersedih cuma seketika. Raya yang pilu ditambah pula pabila aku dapati dia sudah mencari pengganti. Begitu pantas ya? Ternyata, kau bukan untukku. Aku yang pernah move on, tidak sukar untuk kali kedua. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kekuataan yang tiada bandingan.
Sepanjang perjalanan bujangku, tipu lah jika aku tidak cuba untuk menerima sesiapa. Ya, aku cuba tetapi gagal. Tidak tahu mana silapnya, mungkin Allah kata belum tiba masanya.
Bulan december 2013
Aku meletakkan jawatan diatas sebab-sebab tertentu. Abah yang sudah plan untuk ke Krabi, Thailand membuatkan harijadi ku tahun ini amat bermakna. 5th december, aku terjaga dari tidur pukul 9 pagi. Macam biasalah, first thing yang kita cari adalah handphone. Ya, aku masih ingat bagaimana terkejutnya apabila aku menerima sms dari muhammad fareez. Ahha, ayet lah orangnya. Sudah lama kami tidak berhubung. Dari saat itu hinggalah ke hari ini, kami masih berhubung. Dia hadir tepat pada masanya. Kami berdua lebih berhati-hati. Aku redha dengan hubungan ini. Alu berserah sepenuhnya pada Allah, tetapi aku tetap berusaha untuk jadi yang terbaik dari masa ke semasa. Jika dia jodohku, aku mohon Kau tetapkan hati kami.
Ya Allah, aku sudah menempuhi pelbagai dugaan dan ujian mu. Kekuatan yang aku dapat anugerah terbaik darimu. Aku tidak akan berputus asa keranaMu ya Allah. Aku serahkan jiwa dan ragaku kepadaMu.
Muhammad fareez,
Jika kau calon suami yang terbaik buat diriku, aku terima dengan hati yang terbuka. Sama-samalah kita berdoa yang terbaik dalam hubungan ini.
Jika sebaliknya, anggaplah kita masih belum menjumpai jodoh yang ditetapkan.
❤️❤️❤️
Semoga 2014 menjadi tahun bermakna dalam hidupku. Insha Allah, amin. 😘