Tak terbalas segala pemberianMU, Ya ALLAH.
Dikala aku kesepian, Kau hadirkan penghibur, Kau penuhkan masaku dengan aktiviti.
Dikala aku fikir aku masih punya harapan Kau tunjukkan aku supaya aku kuatkan hati.
Aku sedar betapa kerdilnya aku.
Aku sedar betapa jahilnya aku.
Aku sedar betapa hinanya aku.
Aku sedar betapa jauh perjalanan aku untuk berubah.
Aku sedar betapa banyaknya yang perlu aku pelajari.
Masih banyakkah masa?
Masih sempatkah aku?
Masih boleh diterimakah segala taubatku?
Subhanallah,
:(
*Terima kasih awak, kerna hadir dalam hidup saya. Awak seperti cahaya dikala kegelapan saya*